Kad kredit bukan hanya sekeping plastik yang berkilat dalam dompet kita, namun ia mempunyai kuasa mengubah cara kita berurusan dengan kewangan. Kad kredit memberikan anda kemudahan untuk membeli barang atau perkhidmatan terlebih dahulu tanpa perlu membayar jumlah keseluruhan pada masa yang sama. Anda boleh dapatkan kad kredit dengan bank-bank yang ada di Malaysia. Salah satu bank yang menawarkan kad kredit adalah Bank Rakyat. Dalam artikel ini, saya akan terangkan kemudahan kad kredit yang ditawarkan oleh Bank Rakyat.
Kad Kredit-i Bank Rakyat
Bank Rakyat menawarkan beberapa jenis kad kredit-i untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka yang berbeza. Kad kredit yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Muslimah Card
- Bank Rakyat Platinum Explorer Card
- Platinum Card
- Gold Card
- Auto Balance Conversion
- Xclusive Explorer
Ciri-Ciri dan Kelebihan Kad Kredit-i Bank Rakyat
Kad kredit Bank Rakyat menawarkan beberapa ciri-ciri dan kelebihan kepada pemegang kad kredit-i bank Rakyat. Ciri-ciri dan kelebihannya adalah seperti berikut:
1. Yuran Tahunan
Bagi pemegang kad kredit Kad Muslimah, Kad Kredit-i Platinum Explorer, Kad Emas atau Gold Card, Auto Balance Conversion dan kad kredit Xclusive Explorer, anda tidak akan dikenakan yuran tahun. Namun, bagi pemegang kad Platinum, yuran tahunan hanya dikecualikan pada tahun pertama sahaja.
2. Kad Kredit Patuh Syariah
Kad kredit yang ditawarkan oleh Bank Rakyat adalah kad kredit patuh syariah yang menerapkan amalan Tawarruq.
3. Tiada Bayaran Bagi Transaksi Luar Negara
Sebahagian kad kredit Bank Rakyat tidak mengenakan caj tambahan atau kadar tambahan bagi transaksi luar negara seperti credit card Xclusive Explorer dan Kad Kredit-i Platinum Explorer. Oleh itu, jika anda melancong ke luar negara atau ingin membuat transaksi luar negara, anda tidak perlu risau kerana anda tidak akan dikenakan kadar keuntungan tambahan.
4. Ganjaran
Sesetengah kad kredit bank Rakyat menawarkan ganjaran kepada pemegang kad. Contohnya, untuk Credit Card Gold, anda akan mendapat 1 mata ganjaran untuk setiap RM10 yang anda belanjakan. Mata ganjaran ini pula boleh ditukar kepada tunai dengan nilai 10 mata ganjaran bersamaan dengan RM0.10
Syarat Kelayakan
- Syarat kelayakan untuk mohon kad kredit-i Bank Rakyat adalah seperti berikut:
- Berumur 21 tahun ke atas (Kad Utama)
- Berumur 18 tahun ke atas (Kad tambahan)
- Pendapatan tahunan RM24,000 ke atas
- Mempunyai pendapatan tetap
- Mempunyai rekod kewangan yang baik
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Passport (untuk Pemohon Utama/Tambahan)
- Penjawat Awam:
- Salinan slip gaji terkini
- Pekerja Sektor Swasta:
- Salinan slip gaji terkini DAN
- Borang cukai pendapatan/penyata EPF (transaksi 6 bulan yang terkini)
- Gaji Bulanan dengan Komisen:
- Salinan slip gaji terkini DAN
- Borang cukai pendapatan/penyata EPF (transaksi 6 bulan yang terkini) ATAU
- Salinan penyata komisen yang terkini (rekod 6 bulan)
- Tiada Gaji, hanya berdasarkan Komisen:
- Salinan penyata komisen yang terkini (rekod 12 bulan)
- Bekerja Sendiri:
- Salinan pendaftaran perniagaan DAN
- Salinan penyata bank 6 bulan yang terkini DAN
- Salinan borang B yang terkini DAN
- Salinan resit pembayaran cukai
- Pesara:
- Salinan penyata pencen (transaksi 12 bulan yang terkini) DAN
- Salinan penyata bank 3 bulan (memaparkan kredit jumlah pencen ke dalam akaun)
Cara Memohon
Anda boleh membuat permohonan kad kredit-i Bank Rakyat di cawangan Bank Rakyat yang berdekatan. Sila sediakan semua dokumen yang diperlukan apabila anda ingin membuat permohonan agar urusan anda berjalan dengan lancar.
Kesimpulan
Bank Rakyat menawarkan beberapa jenis kad kredit yang boleh anda pilih. Setiap jenis kad kredit yang ditawarkan mempunyai ciri-ciri dan keistimewaannya yang tersendiri. Oleh itu, jika anda berminat untuk mendapatkan salah satu kad kredit ini, abda boleh mengemukakan permohonan dengan bank Rakyat.