Kad Kredit Public Bank: Semua Yang Perlu Anda Tahu

Kad kredit telah menjadi sebahagian perkara yang penting dalam kehidupan kewangan masa kini bagi sesetengah individu. Dengan pelbagai pilihan kad kredit daripada bank tempatan di Malaysia, pemegang kad kredit kini mempunyai banyak pilihan untuk memilih kad yang paling sesuai dengan keperluan mereka.

Salah satu bank yang menawarkan kad kredit dengan pelbagai faedah dan ciri-ciri yang menarik adalah Public Bank Malaysia.

Dalam artikel ini, kita akan mengupas secara terperinci mengenai kad kredit Public Bank, dan semua yang perlu anda tahu sebelum membuat keputusan untuk memiliki salah satu kad kredit yang ditawarkan.

Public Bank Malaysia telah menjadi salah satu bank yang terkenal dalam industri kewangan Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1966.

Dengan lebih daripada lima dekad pengalaman, Public Bank telah memperoleh reputasi sebagai bank yang cekap dan inovatif. Bank ini menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan, termasuklah kad kredit.

Kad Kredit Public Bank

Public Bank menawarkan pelbagai jenis kad kredit untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan masyarakat. Mari kita lihat beberapa jenis kad kredit utama yang ditawarkan oleh bank ini.

1. PB Visa Commercial Card

PB Visa Commercial Card adalah kad kredit yang direka khas untuk syarikat besar. Kad kredit ini membolehkan syarikat anda menikmati pulangan tunai tanpa had untuk semua transaksi perniagaan dan menikmati tempoh bebas faedah selama 25 hari dengan PB Visa Commercial Card.

2. PB Visa Business Card

PB Visa Business Card direka khas untuk membantu mengembangkan perniagaan anda. Dengan kad ini, anda boleh mengawal aliran tunai perniagaan dan dalam maa yang sama mendapatkan ganjaran yang menarik.

Dengan kad kredit ini, anda akan berpeluang mendapat sehingga 0.8% pulangan tunai tanpa had untuk semua perbelanjaan perniagaan anda.

3. Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i merupakan kad kredit patuh Shariah yang dikeluarkan oleh Public Bank.

Dengan kad kredit ini, anda akan mendapatkan 2% pulangan tunai (cash back) untuk setiap pembelian barangan runcit (retail purchases).

Selain itu, 0.1% daripada jumlah transaksi menjamu selera akan disumbangkan kepada Yayasan Waqaf.

3. Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i

Kad kredit ini juga merupakan kad kredit patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Public Bank.

Dengan kad kredit ini, anda akan mendapatkan cash back sebanyak 2% untuk setiap transaksi atas talian.

0.1% daripada jumlah transaksi menjamu selera juga akan disumbangkan kepada Yayasan Waqaf.

4. PB-AIA Visa Gold Credit Card

PB-AIA Visa Gold Credit Card adalah kad kredit yang ditawarkan oleh Public Bank dengan kerjasama AIA, sebuah syarikat insurans yang terkemuka.

Kad kredit ini menawarkan pelbagai faedah, termasuk pulangan tunai untuk pembelian insurans dan pembelian lain-lain.

Dengan kad ini, anda dapat menikmati pulangan tunai sebanyak 0.2% daripada jumlah premium insurans AIA yang anda bayar menggunakan kad ini.

Selain itu, kad kredit ini juga menawarkan Cash MegaBonus sebanyak 0.1% untuk perbelanjaan lain-lain yang anda buat sama ada di dalam negara atau di luar negara.

5. PB-Petron Visa Gold Credit Card

PB-Petron Visa Gold Credit Card adalah kad kredit yang menawarkan pelbagai faedah kepada pemegang kad.

Dengan kad ini, anda dapat menikmati pulangan tunai sehingga 5% untuk pembelian di stesen Petron, termasuk pembelian bahan api dan barang bukan bahan api.

Jumlah maksimum pulangan tunai adalah RM50 setiap kitaran penyata bulanan.

Selain itu, kad ini menawarkan Cash MegaBonus tanpa had sebanyak 0.1% untuk pembelian lain-lain di kedai-kedai tempatan dan luar negara.

6. PB Gold MasterCard Credit Card

Kad kredit ini menawarkan ganjaran pulangan tunai yang menarik untuk setiap pembelian yang dilakukan. Dengan PB Gold MasterCard Credit Card, pemegang kad dapat menikmati pulangan tunai sebanyak 0.1% untuk setiap Ringgit yang dibelanjakan.

7. PB Visa Gold Credit Card

PB Visa Gold Credit Card menawarkan Cash MegaBonus sebanyak 0.1% untuk setiap Ringgit yang dibelanjakan (for every ringgit spent). Faedah ini diperoleh tidak kira sama ada transaksi berlaku di dalam negara atau luar negara.

Kad kredit lain yang ditawarkan oleh Public Bank adalah termasuk Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i, Public Islamic Bank Visa Platinum Credit Card-i, Mutual Gold-PB Visa Platinum Credit Card, PB Platinum MasterCard Credit Card, PB Visa Platinum Credit Card, PB Quantum Credit Cards, PB Visa Signature Credit Card, PB World MasterCard Credit Card dan Public Bank Visa Infinite Credit Card.

Setiap jenis kad kredit yang ditawarkan oleh Public Bank ini mempunyai ciri-ciri istimewa yang berbeza.

Ciri-Ciri dan Kelebihan Kad Kredit Hong Leong Bank

1. Pelbagai Pilihan Kad Kredit

Public Bank menawarkan pelbagai jenis kad kredit untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup pelanggan mereka.

Sama ada anda mencari kad kredit untuk melancong, perbelanjaan, atau kegunaan harian, Public Bank mempunyai pilihan yang sesuai untuk anda. Ini termasuk kad kredit utama mereka seperti Platinum Mastercard dan Visa Signature.

2. Ganjaran dan Faedah Tambahan

Kad kredit Public Bank turut menawarkan pelbagai ganjaran dan faedah tambahan kepada pemegang kad. Ini mungkin termasuk mata ganjaran seperti 1x VIP points (bagi pemegang kad PB Visa Signature Credit Card), diskaun istimewa di kedai-kedai tertentu, rebat tunai atau cash rebate atau perkhidmatan tambahan seperti perlindungan insurans.

Dengan menggunakan kad kredit Public Bank, anda boleh menikmati lebih banyak manfaat daripada sekadar kemudahan pembayaran.

3. Yuran Tahunan Percuma

Sesetengah kad kredit Public Bank menawarkan yuran tahunan percuma sepanjang hayat seperti PB Visa Infinite Credit Card. Bagi credit card yang lain, yuran tahunan bagi tahun pertama adalah percuma. Namun, bagi tahun-tahun berikutnya ia tertakluk kepada sekurang-kurangnya 12 kali swap dalam tempoh 12 bulan sebelumnya.

4. Sumbangan kepada Yayasan Waqaf

0.1% daripada jumlah transaksi makan akan didermakan secara automatik kepada Yayasan Waqaf setiap bulan. Jumlah derma dihadkan pada RM100 setiap kitaran penyata bulanan.

5. Patuh Syariah

Berdasarkan prinsip Syariah Ujrah yang merujuk kepada bayaran yang dikenakan ke atas penggunaan perkhidmatan, faedah dan keistimewaan yang dikenal pasti. Bank telah menyediakan talian kredit kepada Ahli Kad melalui Qard.

Syarat Kelayakan

Sebelum anda memohon kad kredit Public Bank, penting untuk memahami syarat-syarat permohonan yang perlu dipatuhi.

Walaupun syarat-syarat ini mungkin berbeza antara jenis kad kredit, namun terdapat beberapa syarat umum yang perlu diperhatikan.

  1. Minimum pendapatan (income requirement) RM24,000 setahun.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang kukuh.
  4. Tidak disenarai hitam oleh mana-mana bank.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk memohon kad kredit public bank.

Bekerja

  • Penyata Gaji Bulan Terkini dan / atau
  • Penyata EA terkini dan / atau
  • Penyata KWSP dan/atau
  • Surat Pekerjaan / Pengesahan Majikan

Bekerja Sendiri

  • Penyata cukai 1 tahun terkini dan resit cukai
  • Penyata CASA syarikat 6 bulan terkini (untuk pengarah syarikat)

Pendapatan Tidak Tetap

  • 6 bulan terkini daripada yang berikut:
  • Lebih masa seperti yang ditunjukkan pada Penyata Gaji
  • Penyata Komisen
  • Penyata bayaran
  • 3 tahun terkini daripada yang berikut:
  • Penyata Divide
  • Penyata Faedah

Pendapatan Lain

  • Perjanjian Penyewaan dan/atau
  • Penyata Pencen / Baucar dan/atau
  • Penyata Anuiti

Pendapatan Luar Negara

  • Slip Gaji 3 Bulan
  • Notis Penilaian 2 tahun terkini / Borang IR8A / Borang IR8E (untuk Singapura sahaja)
  • Akaun Deposit Gaji (menunjukkan pengkreditan gaji minimum 3 bulan terkini – untuk Brunei sahaja)
  • Surat Pekerjaan

Cara Memohon Kad Kredit Public Bank

Sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan kad kredit dengan Public Bank, anda boleh mengemukakan permohonan di cawangan Public Bank yang berdekatan.

Anda juga boleh membuat permohonan secara atas talian melalui laman web rasmi Public Bank. Klik di sini untuk info lanjut.

Sebelum anda membuat permohonan, sila sediakan semua dokumen yang diperlukan dan pilih jenis kad kredit yang sesuai untuk keperluan anda. Selepas itu, anda boleh terus mengemukakan permohonan anda kepada pihak bank.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Kad Kredit Public Bank menawarkan pelbagai kelebihan yang menarik untuk pengguna Malaysia.

Dengan faedah yang kompetitif, program ganjaran yang menarik, dan had kredit yang fleksibel, kad-kad ini sesuai dengan keperluan pelbagai golongan.

Walau bagaimanapun, kami nasihatkan untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan dan kemampuan kewangan anda.

Sila fahami terma dan syarat yang telah ditetapkan agar anda dapat mengatur kewangan anda dengan lebih baik.

Akhir sekali, jangan lupa untuk membuat perbandingan dengan produk kewangan lain sebelum membuat keputusan akhir.