Anda nak mohon kad kredit tapi tak tahu nak mohon dengan bank mana satu di Malaysia? Jangan risau, kami telah sediakan beberapa ulasan tentang bank-bank yang menawarkan kad kredit di Malaysia.
Salah satu bank yang menawarkan kad kredit di Malaysia adalah Ambank. AmBank menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan, termasuk perbankan peribadi, perbankan korporat, perbankan pelaburan, insurans, dan perkhidmatan kewangan Islam.
Ambank menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat dan perniagaan.
Kad Kredit Ambank
AmBank menawarkan pelbagai jenis kad kredit yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka. Antara kad kredit yang paling popular termasuklah kad kredit premium.
Kad kredit yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- AmBank SIGNATURE Priority Banking Visa Infinate Credit Card-i – By invitation only
- AmBank Islamic Visa Infinite Card-i
- AmBank Islamic Visa Signature-i
- AmBank Islamic Visa Platinum Card-i
- AmBank Islamic Visa Gold Card-i
- AmBank Islamic Carz Visa Platinum Card-i
- AmBank Islamic Carz Visa Gold Card-i
Ciri-Ciri Dan Kelebihan Kad Kredit Ambank
1. Ganjaran
Kad kredit Ambank menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada pemegang kad.
Contohnya, AmBank membolehkan anda menukar Mata Ganjaran AmBonus kepada Mata Udara dengan program Frequent Flyer / Travel Reward yang terkenal seperti Enrich, Asia Miles, Singapore Airlines KrisFlyer, dan AirAsia BIG.
Anda juga boleh menebus penerbangan percuma untuk percutian anda yang seterusnya dengan lebih 50 rakan kongsi syarikat penerbangan.
Selain itu, anda juga boleh menikmati diskaun di kedai-kedai dan resort atau hotel yang terpilih sekiranya anda menggunakan kad kredit Ambank. Seperti diskaun sehingga 20% OFF Best Available Rate di semua kategori bilik di hotel dan resort di Malaysia.
2. Akses Lounge Lapangan Terbang
Pemilik kad kredit Ambank juga boleh mengakses lounge istimewa di lebih daripada 50 negara, termasuk lokasi popular seperti London, Hong Kong, dan Taiwan. Dengan ini, perjalanan anda akan lebih selesa dan menarik.
3. Pelbagai Pilihan Kad Kredit
Ambank menawarkan pelbagai jenis kad kredit untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka. Daripada kad kredit yang menawarkan ganjaran tunai hingga kad kredit khas untuk melancing. Anda boleh memilih kad kredit yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan kewangan anda.
4. Perlindungan Insurans Perjalanan
Anda juga akan mendapat perlindungan insurans perjalanan (travel insurance) sebanyak RM1 juta apabila pembayaran penuh tiket penerbangan dibuat dengan AmBank/AmBank Islamic Visa Signature, atau sehingga RM2 juta sekiranya anda pemegang AmBank/AmBank Islamic Visa Infinite.
5. AmBonus Reward Point
Sekirangnya anda menggunakan AmBank-Visa-Signature-Card, anda akan mendapatkan 3X Mata Ganjaran AmBonus untuk pembelian di luar negara. Selain itu, anda juga boleh menebus Mata Udara di lebih daripada 50 rakan syarikat penerbangan.
Inilah ciri-ciri dan kelebihan kad kredit Ambank. Sebenarnya, kad kredit Ambank masih mempunyai kelebihan lain yang perlu anda tahu. Untuk lebih memahami ciri-ciri dan kelebihan kad kredit yang anda mahu, saya sarankan anda untuk meminta nasihat daripada pihak Ambank.
Syarat Kelayakan
Ambank menetapkan beberapa syarat kelayakan untuk mohon kad kredit yang mereka sediakan. Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Pendapatan minimum RM24,000 setahun.
- Mempunyai rekod kewangan yang baik.
Ini merupakan syarat umum bagi permohonan credit card Ambank. Kelayakan permohonan juga mungkin berbeza-beza mengikut jenis kad kredit yang anda pilih.
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk mohon kad kredit Ambank:
- Salinan kad pengenalan depan dan belakang
- Slip gaji/penyata komisen terkini 3 bulan
- Penyata bank 6 bulan terkini
- Penyata KWSP terkini
- Salinan Borang 9, 24 dan 49/Sijil Pendaftaran Perniagaan
- Borang B/BE terkini dengan resit cukai rasmi
Cara Memohon
Proses memohon kad kredit Ambank adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian atau dengan mengunjungi cawangan bank yang berdekatan dengan anda. Berikut adalah langkah-langkah umum yang perlu diambil:
Kumpulkan Dokumen-Dokumen Penting
Pastikan anda mempunyai semua dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, penyata gaji, dan lain-lain. Ini akan mempercepatkan proses permohonan anda.
Isi Borang Permohonan
Isi borang permohonan secara teliti dan pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat. Maklumat yang tepat akan membantu meningkatkan peluang kelulusan.
Sertai Dokumen-dokumen Sokongan
Lampirkan semua dokumen sokongan yang diperlukan bersama borang permohonan anda. Ini termasuk penyata gaji, penyata bank, dan sebagainya.
Tunggu Keputusan
Selepas mengemukakan permohonan, anda perlu menunggu untuk mendapatkan keputusan dari Ambank. Proses kelulusan kad kredit biasanya mengambil beberapa hari.
Kesimpulan
Dalam memilih Kad Kredit Ambank, penting untuk memahami semua butiran-butiran perkhidmatan tersebut. Dengan kelebihan seperti pelbagai pilihan kad, ganjaran dan faedah yang menarik, serta caj faedah yang kompetitif, Ambank menawarkan pilihan yang menarik untuk mereka yang mencari kad kredit yang sesuai dengan keperluan kewangan mereka.
Sebelum membuat keputusan, lakukan perbandingan dengan kad kredit dari bank lain, pertimbangkan caj dan faedah yang ditawarkan. Dengan cara ini, anda dapat membuat pilihan yang bijak dan memaksimumkan manfaat yang diperoleh daripada Kad Kredit Ambank.