Kad Kredit Hong Leong Bank: Semua Yang Perlu Anda Tahu

Jika anda lihat di sekeliling anda sekarang, penggunaan wang kertas dan syiling semakin berkurangan. Orang ramai mula beralih daripada transaksi wang tunai ke transaksi digital dan kad. Salah satu kaedah pembayaran yang popular digunakan adalah dengan menggunakan kad kredit.

Kad kredit bukan sahaja membolehkan anda membuat pembelian tanpa wang tunai, malah ia juga memberikan anda kuasa membeli dengan lebih tinggi.

Contohnya, jika anda membeli beg tangan Gucci dengan harga RM6,000, anda tidak perlu membayar sebanyak RM6,000 pada saat anda membeli beg Gucci tersebut. Anda boleh memilih untuk membayar beg tersebut secara ansuran setiap bulan. Dengan cara ini, anda boleh membeli barang yang lebih mahal tanpa perlu risau untuk membelanjakan wang yang banyak dalam satu masa.

Salah satu bank yang menawarkan kad kredit di Malaysia adalah Hong Leong Bank. Hong Leong bank menawarkan beberapa jenis kredit kad yang memenuhi keperluan pelanggan mereka yang berbeza seperti kredit kad yang memberi manfaat untuk mereka yang suka melancong, mata ganjaran, dan pulangan tunai.

Dalam artikel ini, saya akan terangkan dengan lebih terperinci tentang pelan kad kredit yang ditawarkan oleh Hong Leong bank.

Kad Kredit Hong Leong Bank

Hong Leong menawarkan empat jenis kad kredit:

Kad Kredit Melancong

  • Kad Kredit Infinite P
  • Kad Kredit Infinite
  • Kad Kredit Infinite Edisi Doktor

Kad Kredit Mata Ganjaran HLB

  • Kad Kredit GSC Gold & Platinum
  • Kad Kredit Sutera Platinum

Kad Kredit Pulangan Tunai

  • Kad Kredit Essential
  • Kad Kredit WISE (Hong Leong WISE)

Kad Kredit Asas

  • Kad Kredit I’m

Ciri-Ciri dan Kelebihan Kad Kredit Hong Leong Bank

1. Pelbagai Jenis Pilihan Kad Kredit

Hong Leong Menawarkan pelbagai jenis kad kredit yang memberi manfaat yang berbeza kepada pemegang kad. Contohnya, sekiranya anda seorang yang suka melancong, anda boleh menggunakan kad kredit Infinite P kerana setiap kali anda membuat transaksi, anda akan secara automatik menerima Enrich Miles tanpa perlu membuat permohonan.

2. Yuran Tahunan Dikecualikan

Anda juga akan menikmati yuran tahunan percuma seumur hidup sekiranya anda menggunakan kad kredit Hong Leong bank. Namun, yuran tahunan dikecualikan hanya untuk beberapa jenis kad kredit sahaja seperti Kad Kredit Infinite P dan Kad Kredit I’m.

3. Akses percuma ke Plaza Premium Lounge

Gambar oleh plazapremiumlounge.com

Bagi pemegang Kad Kredit Infinite Edisi Doktor, anda akan menikmati kemudahan seperti akses percuma ke plaza premium lounge yang terletak di lapangan terbang Malaysia dan Singapura. Anda akan mendapat sehingga empat kali kali akses percuma ke Plaza Premium Lounge setiap tahun selepas Kad Kredit anda dikeluarkan dan seterusnya satu bulan selepas setiap tarikh ulang tahun kad.

4. Rebate Tunai

Anda juga akan perpeluang untuk mendapatkan pulangan tunai apabila anda berbelanja dengan kad kredit Hong Leong bank.

Contohnya, bagi pemegang Credit Card WISE, anda akan mendapatkan pulangan tunai sebanyak 8% apabila anda membuat bayaran untuk perbelanjaan popular atas talian, barangan runcit dan keperluan termasuk kedai serbaneka yang terpilih, Petrol dan perbelanjaan makanan hujung minggu. Anda juga akan menikmati pulangan tunai tanpa had untuk transaksi lain seperti insurans, Utiliti, Mudah Alih dan banyak lagi.

Selain itu, anda juga akan mendapatkan ganjaran lain seperti ganjaran untuk menonton wayang kegemaran anda di GSC.

5. Perlindungan Insuran

Untuk anda yang suka melancong, Kad Kredit Infinite P merupakan kad kredit yang sesuai untuk anda. Ini kerana, apabila anda membuat pembayaran penuh tambang tiket penerbangan dengan menggunakan Kad Hong Leong Infinite P, secara automatik anda akan dilindungi oleh insuran perjalanan sehingga RM3 juta.

Perlindungan insuran ini akan melindungi anda daripada kemalangan perjalanan dan kesulitan perjalanan seperti terlepas sambungan, kelewatan bagasi, kehilangan bagasi dan kelewatan penerbangan.

6. Had Kredit Fleksibel

Hong Leong Bank menawarkan kad kredit dengan had kredit yang cukup tinggi. Dengan kad kredit ini, anda akan mendapatkan kredit sehingga RM200,000.

Syarat Kelayakan

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Hong Leong Bank untuk mohon kad kredit ini. Antara syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Berumur 21 sehingga 70 tahun (Prinsipal) dan 18 tahun (Tambahan).
  • Pendapatan tahunan minimum RM24,000 dan ke atas.
  • Tidak disenarai hitam oleh mana-mana bank.
  • Mempunyai pekerjaan yang kukuh.

Dokumen Yang Diperlukan

Untuk mohon kredit kad anda dengan Hong Leong Bank, anda perlu menyediakan dokumen seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan atau passport.

1. Pekerja bergaji

Syarikat Multinasional

  • Penyata KWSP terkini (minimum 6 bulan caruman)
  • Slip gaji 3 bulan terkini (cetak komputer)

Syarikat Bukan Multinasional

  • Penyata KWSP terkini (minimum 6 bulan caruman)
  • Slip gaji 3 bulan terkini (cetak komputer)
  • Set lengkap borang BE terkini dengan resit bayaran cukai
  • Borang EA terkini (dengan Penyata KWSP terkini sahaja)
  • Penyata bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini

2. Bekerja Sendiri

  • Sijil pendaftaran perniagaan terkini
  • Set lengkap borang B terkini dengan resit bayaran cukai
  • Penyata bank syarikat 6 bulan terkini

3. Ekspatriat bergaji

  • Slip gaji 3 bulan terkini (cetak komputer)
  • Permit kerja sah sekurang-kurangnya 6 bulan pada masa permohonan
  • Surat pekerjaan bertarikh dalam tempoh 3 bulan

Cara Mohon

Anda boleh membuat permohonan kad kredit ini di cawangan Hong Leong bank yang berdekatan. Sebelum membuat permohonan, saya sarankan anda untuk sediakan semua dokumen yang diperlukan dan pilih kad kredit yang sesuai dengan keperluan anda.

Kesimpulan

Kad kredit Hong Leong Bank menawarkan beberapa kelebihan kepada anda seperti ganjaran yang menarik, insurans perjalanan, yuran tahunan percuma, dan banyak lagi. Dalam masa yang sama, ia juga dapat membantu anda dari segi kewangan. Namun, anda juga perlu bijak menguruskan perbelanjaan anda agar anda tidak dibebani oleh hutang kad kredit pada masa akan datang.