Bank Islam merupakan salah satu ban tempatan di Malaysia yang menawarkan kad kredit kepada orang ramai. Kad kredit ini membolehkan anda untuk membeli barang atau perkhidmatan tanpa perlu membayar jumlah sebenar dalam masa yang sama.
Dalam artikel ini, kita akan melihat lebih lanjut tentang kad kredit Bank Islam seperti syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan, cara memohon dan sebagainya.
Kad Kredit Bank Islam
Bank Islam menawarkan beberapa jenis kredit kad kepada pelanggan mereka. Setiap jenis kredit kad ini mempunyai ciri-ciri dan keistimewaannya yang tersendiri. Kad kredit yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Bank Islam Visa FIFA-themed Credit Card-i
- Visa Infinite Business
- Visa Infinite
- World Mastercard
- Platinum Mastercard
- Platinum Visa
- Bank Islam Visa & Mastercard Gold Credit Card-i
Sumber gambar: bankislam.com
Ciri-Ciri dan Kelebihan Kad Kredit Bank Islam-i
Terdapat beberapa ciri-ciri dan kelebihan kad kredit Bank Islam, antaranya adalah seperti berikut:
1. Kad Kredit Patuh Syariah
Kad kredit yang dikeluarkan oleh bank Islam adalah patuh Syariah/ Shariah yang menerapkan konsep Tawarruq .
Tawarruq bermaksud pembelian komoditi atas dasar pembayaran yang ditangguhkan melalui penjualan secara langsung atau penjualan dengan tambahan kos. Komoditi tersebut kemudian dijual secara tunai kepada pihak selain penjual asal.
2. Ganjaran
Bank Islam memberikan mata ganjaran atau trurewards atau trupoints kepada pemegang kad kredit untuk setiap transaksi yang mereka buat. Anda akan mendapat 1 trupoints untuk setiap transaksi. 1 trupoints pula adalah bersamaan dengan RM1.
3. Layanan VIP
Bagi pemegang Bank Islam Visa Infinite Credit Card-i, anda akan mendapatkan beberapa kelebihan seperti 24 jam 7 hari seminggu sokongan perkhidmatan pelanggan, Perkhidmatan Concierge Visa tersedia 24 jam 7 hari seminggu dan banyak lagi.
4. Tawaran dan Diskaun
Pemegang kad kredit Bank Islam mungkin menikmati pelbagai tawaran eksklusif dan diskaun ketika menggunakan kad mereka untuk membuat pembelian di kedai-kedai atau perkhidmatan tertentu.
5. Prinsip Takaful
Kad kredit Bank Islam mungkin merangkumi perlindungan takaful sebagai sebahagian daripada pakej kad kredit. Ia memberikan perlindungan insurans mengikut prinsip-prinsip Islam.
Contohnya, bagi pemegang Bank Islam Visa Infinite Credit Card-i, mereka akan disediakan dengan perlindungan takaful percuma. Anda boleh berhubung dengan pihak bank untuk maklumat lanjut tentang perlindungan takaful percuma.
6. Pelbagai Pilihan Kad Kredit
Bank Islam menawarkan pelbagai jenis kad kredit untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka yang berbeza seperti Bank Islam Visa FIFA-themed Credit Card-i, Visa Infinite Business, Visa Infinite, World Mastercard dan sebagainya.
7. Yuran dan Caj
Seperti kad kredit lain, Kad Kredit Bank Islam juga mempunyai yuran dan caj yang perlu diberi perhatian. Ini termasuk caj setiap tahun, caj kelewatan pembayaran, jumlah bayaran bulanan dan lain-lain.
Pemegang kad perlu memahami struktur yuran dan caj untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan memastikan pengurusan kewangan yang baik.
8. Pengurusan Kewangan Islam
Kad Kredit Bank Islam menawarkan kemudahan pengurusan kewangan Islam yang menyokong pelanggan dalam melaksanakan tanggungjawab kewangan mereka secara selamat dan patuh syariah.
9. Proses Permohonan yang Mudah
Proses permohonan kad kredit Bank Islam adalah mudah dan cepat. Pemohon hanya perlu mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, penyata gaji, dan sebagainya. Keputusan kelulusan kad kredit juga biasanya diberikan dengan segera untuk memudahkan pelanggan.
10. Pengecualian yuran tahunan
Pemegang kad kredit Bank Islam mungkin akan dikecualikan daripada yuran tahunan jika mereka memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak bah seperti mempunyai sekurang kurangnya 12 transaksi setahun.
Syarat Kelayakan
Bank Islam telah meletakkan beberapa syarat kelayakan untuk membuat permohonan kredit kad Bank Islam.
Syarat kelayakan umum adalah seperti berikut:
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan tahunan minimum RM 36,000 ke atas
- Mempunyai pendapatan tetap
- Mempunyai rekod kewangan yang baik seperti rekod pembayaran pinjaman atau kredit kad yang lalu.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk mohon kad kredit Bank Islam adalah seperti berikut:
Syarat Umum:
- Salinan kad pengenalan (depan dan belakang) / salinan passport
- Salinan penyata gaji 3 bulan yang terkini
- Salinan borang EA jika ada
- Penyata KWSP
Bekerja Sendiri:
- Salinan borang 9/24/49
- Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan jika anda mempunyai perniagaan sendiri
- Salinan penyata bank 6 bulan terkini jika bekerja sendiri
- Borang B dengan bukti pembayaran cukai
Cara Memohon
Untuk mohon kad kredit Bank Islam, sila pastikan anda mempunyai dokumen-dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, slip gaji terkini, penyata bank, dan sebarang dokumen sokongan lain yang mungkin diperlukan.
Selepas semuanya telah disediakan, anda boleh pergi ke cawangan Bank Islam yang terdekat untuk mengemukakan permohonan.
Berapa Lama Permohonan Kredit kad Diproses Oleh Pihak Bank?
Selepas menghantar permohonan, anda perlu menunggu untuk mendapatkan keputusan dari pihak bank. Proses ini mungkin mengambil beberapa hari atau minggu, bergantung kepada keadaan semasa.
Kesimpulan
Kad Kredit Bank Islam adalah salah satu pilihan yang baik bagi mereka yang mengutamakan prinsip-prinsip Syariah dalam transaksi kewangan mereka.
Dengan pelbagai manfaat dan kemudahan yang ditawarkan, pemegang kad kredit Bank Islam dapat manfaatkan kemudahan tersebut untuk mengurus kewangan harian mereka.
Tetapi, penting untuk memahami terma dan syarat yang berkaitan dengan Kad Kredit Bank Islam sebelum membuat sebarang keputusan.