Kad kredit merupakan salah satu alat penting dalam kehidupan moden kerana ia memudahkan individu untuk membuat pembelian dan transaksi tanpa perlu membawa wang tunai. Dalam masa yang sama, kad ini juga memberikan pengguna kuasa membeli yang lebih tinggi dan meningkatkan gaya hidup mereka.
Salah satu bank yang menawarkan kredit kad di Malaysia adalah Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN ditubuhkan tahun 1974 bertujuan untuk memudahkan akses kepada perkhidmatan kewangan untuk semua lapisan masyarakat.
BSN menawarkan pelbagai produk seperti simpanan, pinjaman peribadi, kad kredit dan perkhidmatan perbankan elektronik.
Dalam artikel ini, kita akan melihat lebih lanjut tentan kad kredit BSN termasuk cara untuk membuat permohonan, kelayakan, dokumen yang diperlukan, ciri-ciri dan sebagainya.
Kad Kredit BSN
Bank Simpanan Nasional menawarkan beberapa jenis kad kredit kepada rakyat Malaysia. Setiap jenis kad kredit BSN ini mempunyai ciri-ciri dan keunikannya yang berbeza. Kad kredit BSN adalah seperti berikut:

- Kad Kredit BSN Platinum
- Kad Kredit BSN Klasik
- Kad Kredit BSN G-Card Visa
- Kad Kredit BSN Emas
- Kad Kredit BSN-Teachers Mastercard Emas
- Kad Kredit BSN-AIAFAM Visa Platinum
Ciri-Ciri dan Kelebihan Kad Kredit BSN
1. Peningkatan Had Kredit
BSN membolehkan pemegang kad meningkatkan had kredit mereka untuk mendapatkan lebih banyak fleksibiliti kewangan. Perkara ini dapat memudahkan pemegang kad untuk menguruskan perbelanjaan mereka dengan lebih baik.
2. Program Pindahan Baki
BSM membolehkan pemindahan baki dari kad kredit lain ke Kad Kredit BSN dengan kadar faedah yang lebih rendah. Pemegang kad peluang untuk mengurangkan beban faedah dengan memindahkan baki dari kad lain ke Kad Kredit BSN.
3. Pelan EasyCash BSN
Pelan EasyCash BSM membolehkan pemegang kad mengeluarkan wang tunai daripada Kad Kredit BSN dengan kadar faedah 0%. Kelebihan ini dapat memberikan fleksibiliti kewangan dengan pengeluaran wang tunai pada kadar faedah yang berpatutan.
4. Pelan Instalment-Pay BSN
Pemegang kad kredit BSN boleh menukar pembayaran belanjaan kepada ansuran bulanan dengan kadar yang berpatutan.

Sumber gambar: Unplash oleh Lucrezia Carnelos
Perkara ini memberikan pilihan kepada pemegang kad untuk membuat pembayaran secara ansuran agar dapat meringankan beban kewangan bulanan mereka.
5. Pelan 0% EasyPay BSN
Pemegang kad kredit BSN juga akan mendapatkan kelebihan bayaran ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan apabila anda melakukan transaksi di premis rakan niaga BSN.
6. Program Happy Rewards BSN
BSN juga memberikan rewards atau ganjaran kepada anda. Program kesetiaan ini memberikan ganjaran setiap kali anda menggunakan kad kredit untuk berbelanja. Ini merupakan insentif kepada pemegang kad kredit sebagai penghargaan bagi kekerapan penggunaan kad kredit.
Dengan kad kredIT BSN, anda boleh menukarkan atau menebus poin anda dengan BIG Poin, Mata Ganjaran Enrich, hadiah eksklusif, baucar membeli-belah, menjamu selera dan banyak lagi.
7. Autobilling BSN
Autobilling BSN memberikan anda kemudahan untuk membayar bill-bill anda secara automatik setiap bulan. Contohnya, bayaran bill telefon, bill astro, dan sebagainya. Perkara ini dapat memudahkan kerja anda dan mengelak daripada perkara seperti lewat bayar dan sebagainya.
8. Kad BSN Zing PLUSMiles
Kad BSN Zing PLUSMiles merupakan kad Touch ‘n Go dengan fungsi tambah nilai automatik yang disambungkan terus ke Kad Kredit BSN. Maksudnya, anda tidak perlu menambah nila secara manual kerana ia membolehkan anda untuk melalukannya secara automatik.
9. Program Penukaran Baki Automatik
BSN membolehkan pemegang kad kredit untuk membuat pembayaran baki kad kredit dengan ansuran yang lebih kecil pada kadar faedah yang lebih rendah.
10. Yuran Tahunan
Bagi sesetengah kad kredit BSN seperti Kad Kredit BSN Platinum, Kad Kredit BSN Klasik, Kad Kredit BSN Visa Cash Back dan Kad Kredit BSN G-Card Visa, anda tidak akan dikenakan yuran tahunan atau tiada yuran tahunan seumur hidup. Namun beberapa kredit kad yang lain mungkin mengenakan yuran tahunan.
Syarat Kelayakan
BSN meletakkan beberapa syarat kelayakan untuk mohon kad kredit yang mereka tawarkan. Antara syarat kelayakan umur yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Pendapatan minimum RM24,000 setahun atau RM2,000 sebulan ke atas.
- Minimum umur 21 untuk kad kredit utama dan 18 tahun untuk kad kredit tambahan.
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai pekerjaan yang tetap.
- Mempunyai rekod kewangan yang bagus.
Syarat kelayakan mungkin akan berbeza mengikut jenis kad kredit BSN anda. Oleh itu, sebelum membuat permohonan, sila hubungi pihak bank untuk maklumat lebih lanjut.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pula adalah berbeza mengikut jenis pekerjaan dan kad kredit yang anda mohon. Namun, untuk memohon kad kredit ini, anda perlu sediakan beberapa dokumen seperti berikut:
Pekerja Bergaji:
Kakitangan Kerajaan
- Salinan depan dan belakang Kad Pengenalan
- Salinan penyata gaji 1 bulan terkini
- Surat pengesahan majikan bagi kakitangan Tentera dan Polis bersama dengan salinan Kad Kuasa
Kakitangan Swasta
- Salinan depan dan belakang Kad Pengenalan
- Salinan penyata gaji 3 bulan terkini
- Penyata KWSP terkini
- Borang EA
- Borang BE
Bekerja Sendiri/Pemilik Perniagaan
- Salinan depan dan belakang Kad Pengenalan
- Salinan Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini
- Borang B terkini serta resit cukai rasmi untuk dua tahun terkini
- Salinan Borang 9, 24 & 49
- Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
Berpendapatan Komisen
- Salinan depan dan belakang Kad Pengenalan
- Salinan penyata komisen 6 bulan terkini atau penyata komisen tahunan
- Borang EA/Borang BE serta resit cukai rasmi
Cara Memohon
Untuk memohon kad kredit BSN, langkah pertama adalah memilih jenis kad yang sesuai untuk anda dan menyemak syarat kelayakan.
Kemudian, siapkan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, penyata gaji, dan penyata bank.
Isi borang permohonan dengan maklumat yang tepat dan serahkan ke cawangan BSN yang berdekatan dengan anda. dan tunggu proses kelulusan. Selepas itu, sila tunggu keputusan dari pihak bank.
Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara atas talian melalui laman web rasmi BSN.

Kesimpulan
BSN menawarkan beberapa jenis kad kredit seperti Kad Kredit BSN Platinum, Kad Kredit BSN Klasik, dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka yang berbeza.
Ciri-ciri kad kredit seperti peningkatan had kredit, program pindahan baki, pelan EasyCash BSN, dan lain-lain juga memberikan manfaat kepada pemegang kad kredit BSN.
Sekiranya anda berminat dengan kad kredit BSN, anda boleh membuat permohonan di cawangan BSN yang berdekatan dengan anda.