Kad Kredit CIMB: Semua Yang Perlu Ada Tahu

Kad kredit merupakan salah satu kemudahan kewangan yang disediakan oleh bank-bank di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Ia membolehkan anda melakukan pembelian tanpa perlu membayar secara tunai pada masa itu juga.

Anda boleh membayar bill tersebut secara ansuran setiap bulan. Dengan menggunakan kad kredit ini, anda dapat meningkatkan gaya hidup anda serta memudahkan proses pembelian tanpa perlu membawa wang tunai. Anda boleh menggunakan kad kredit ini untuk perbelanjaan runcit atau atas talian.

Salah satu bank yang menawarkan kad kredit di Malaysia adalah bank CIMB. Bank CIMB merupakan salah satu bank yang terkenal di Malaysia.

Bank ini pula menawarkan pelbagai jenis kad kredit kepada pelanggan mereka seperti kad kredit konvensional, kad kredit Islam, kad kredit ganjaran pelancongan, kad kredit rebat tunai, kad kredit rebat petrol dan kad kredit mata bonus.

Dalam artikel ini, saya akan terangkan secara ringkas dan padat tentang kad kredit yang ditawarkan oleh CIMB ini.

Kad Kredit CIMB

Seperti yang saya katakan di atas, CIMB menawarkan beberapa jenis atau kategori kad kredit yang boleh anda pilih seperti kad kredit konvensional, kad kredit Islam, kad kredit ganjaran pelancongan, kad kredit rebat tunai, kad kredit rebat petrol dan kad kredit mata bonus.

Berikut merupakan jenis kad kredit CIMB yang anda boleh mohon.

  • Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i
  • Kad Kredit CIMB Petronas Visa Platinum-i
  • Kad Kredit CIMB Travel World Elite
  • Kad Kredit CIMB Travel World
  • Kad Kredit CIMB Travel Platinum
  • Kad Kredit CIMB e
  • Kad Kredit Platinum CIMB
  • Kad Kredit Platinum Rebat Tunai CIMB
  • Kad Kredit CIMB World Mastercard
  • Kad Kredit CIMB Visa Signature
  • Kad Kredit CIMB Visa Infinite
  • Kad Kredit CIMB Preferred Visa Infinite
  • Kad Kredit CIMB Platinum-i
  • Kad Kredit CIMB Preferred Visa Infinite-i
  • Kad Kredit CIMB Petronas Platinum
  • Kad Kredit CIMB PETRONAS Platinum-i

Ciri-Ciri Dan Kelebihan Kad Kredit CIMB

1. Pelbagai Jenis Kad Kredit

CIMB menyediakan pelbagai pilihan jenis kad kredit untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka yang berbeza. Seperti kad kredit untuk bercuti ke luar negara, diskaun di petronas dan banyak lagi.

2. Ganjaran

Kad kredit CIMB mempunyai program ganjaran seperti mata ganjaran, diskaun, dan rebat tunai kepada pelanggan atau pemegang kad kredit CIMB.

Antara ganjaran yang akan diberikan adalah akses lounge lapangan terbang, rebate tunai untuk transaksi di petronas, perlindungan insurans perjalanan automatik sekiranya anda membayar tambang penuh tiket penerbangan dengan Kad Kredit CIMB Travel World dan banyak lagi.

Ganjaran dan promosi ini mungkin akan berakhir atau bertukar mengikut musim. Oleh itu, sila pastikan anda sentiasa menyemak ganjaran dan promosi semasa yang ditawarkan.

3. Mata Bonus

CIMB Bank juga memberikan mata bonus kepada pemegang credit card CIMB.

Contohnya, sekiranya anda merupakan pemegang kad kredit Kad Kredit CIMB World Mastercard, anda akan mendapatkan bonus sebanyak 5X mata bonus untuk setiap pembelian tiket kapal terbang.

Anda juga akan mendapat 1X mata bonus sekiranya anda menggunakan kad kredit CIMB untuk membuat pembelian di tempat yang lain seperti untuk pembelian perabot rumah, makan dan minum, pakaian dan banyak lagi.

4. Kadar Faedah dan Caj

Sebelum memilih kad kredit, adalah penting untuk memahami kadar faedah dan caj yang terlibat. Kad Kredit CIMB menawarkan pelbagai kadar faedah untuk pembelian ansuran dan baki tertunggak.

Pastikan anda memahami bagaimana sistem caj berfungsi dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada keadaan kewangan anda.

5. Kemudahan Pembayaran

CIMB menyediakan kemudahan pembayaran yang mudah melalui pelbagai kaedah termasuk pemindahan wang dalam talian dan kaedah pembayaran lain.

Pastikan anda memahami kaedah pembayaran yang terdapat dan memilih yang paling sesuai dengan keperluan anda untuk mengelakkan sebarang kelewatan pembayaran.

6. Gaji Minimum Rendah

Kelayakan permohonan kad kredit CIMB adalah fleksibel. Untuk mohon kad kredit, anda hanya perlu mempunyai gaji minimum RM2000 atau RM24,000 setiap tahun.

7. Yuran Tahunan Percuma

Pemegang kad kredit CIMB tidak akan dikenakan yuran tahunan.

Namun, pemegang kad kredit Kad Kredit CIMB Travel World, Kad Kredit CIMB Travel World Elite dan Kad Kredit CIMB e akan dikenakan yuran tahunan.

Syarat Kelayakan

CIMB Bank telah menetapkan beberapa syarat kelayakan untuk mohon kad kredit yang mereka tawarkan. Di bawah ini adalah antara syarat kelayakan memohon adalah seperti:

  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Gaji minimum RM2,000 sebulan atau RM24,000 setahun.
  • Mempunyai pekerjaan yang tetap.
  • Mempunyai rekod kewangan yang baik dan tidak mempunyai rekod senarai hitam.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 6 bulan terkini.
  • Penyata KWSP terkini.
  • Penyata bank 6 bulan terkini.
  • Lesen perniagaan
  • Dokumen pendaftaran perniagaan
  • Form B terkini dan resit pembayaran LHDN
  • e-Form B terkini dan resit pengakuan e-filing

Cara Memohon

Sebelum anda membuat permohonan untuk kad kredit CIMB, saya sarankan anda untuk mendapatkan nasihat dari perundingan CIMB terlebih dahulu untuk menentukan jenis kad kredit yang lebih sesuai dengan keperluan anda dan memahami terma dan syarat kad kredit CIMB.

Setelah memilih kad kredit untuk anda, sila sediakan dokumen permohonan yang diperlukan. Kemudian, hantar permohonan anda di cawangan CIMB yang terdekat.

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara atas talian melalui laman web rasmi CIMB Bank.

Kesimpulan

Kad Kredit CIMB menyediakan pelbagai pilihan untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan keperluan dan gaya hidup yang berbeza. Dengan jenis kad kredit seperti kad kredit konvensional, kad kredit Islam, kad kredit ganjaran pelancongan, dan banyak lagi.

CIMB bank juga menawarkan ciri-ciri dan kelebihan kepada pelanggan mereka termasuk pelbagai ganjaran seperti mata ganjaran, diskaun, dan rebat tunai.

Pemegang kad kredit juga dapat menikmati pelbagai ganjaran seperti akses ke lounge lapangan terbang, rebat tunai di Petronas, dan bonus mata apabila membuat pembelian dengan kad kredit.

Sebelum memohon Kad Kredit CIMB, pastikan anda memahami keperluan kelayakan dan syarat-syarat permohonan. Ini mungkin termasuk syarat pendapatan minimum, dokumen sokongan, dan sebagainya. Pastikan anda memenuhi semua keperluan sebelum membuat permohonan untuk memastikan kelulusan yang lancar.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi CIM Bank atau menghubungi pihak bank secara langsung.